Apabila ada dua pihak bertelagah tanpa mengira kesasihan
fakta yang didebatkan, rakyat akan menjadi mangsa. Mangsa kepada kezaliman
pihak-pihak ini. Minda rakyat mudah dipengaruh terutama melibatkan
anasir-anasir yang berbau politik, tidak kisah bersih atau kotor pendirian
politik itu. Rakyat akan berpecah menjadi dua; membangkang atau mempertahan.
Pihak membangkang akan menentang kononnya hak mereka ditindas. Pihak mempertahan
akan berjuang kononnya pendirian mereka berasas. Siapa yang menjadi mangsa?
RAKYAT !
Sejauh mana rakyat berjuang, membangkang, teriak, memboikot
dan sebagainya, impak yang mereka lakukan akan memberi kesan kepada kedua-dua
pihak ini, tidak secara langsung kepada rakyat itu sendiri. Rakyat menjadi
mangsa penggunaan pihak-pihak ini. Mereka bukan sahaja mencemari minda rakyat
tetapi mereka juga menyebabkan rakyat tidak bersatu, rakyat membenci sesama sendiri.
Yang menjadi mangsa, rakyat !
Politik tidak menuntut keadilan. Tidak kisah pihak itu
bersih atau tidak, pihak yang memerintah atau membangkang. Apa yang pasti,
pendapatan dan kemewahan mereka tetap sama, jauh mengatasi pendapatan dan
kemewahan rakyat. Mereka menggunakan rakyat untuk berjuang demi kehidupan
mereka melalui perbezaan idealogi yang digembar-gemburkan, yang akhirnya menuju
ke satu konklusi yang sama, KUASA dan WANG. Mereka ini tetap manusia walaupun
mereka berbeza dari segi kefahaman politik. Tidak kisah sumber pandapatan
mereka dari rakyat itu sendiri atau dari sumber ihsan pihak luar yang tiada
beza, melalau jalan gelap. Yang menjadi mangsa, rakyat !
Pihak-pihak ini adalah manusia, tidak kisah mereka asli,
separa asli, melayu,cina atau India, menyokong Israel atau tidak,
memperjuangkan perpaduan rakyat atau tidak mereka tetap sama, MANUSIA. Mengapa
dan Kenapa rakyat harus menjadi mangsa dalam kancah pergaduhan mereka. Rakyat
memang bodoh ! Suka-suka membenarkan minda mereka ditindas. Pandai pihak-pihak
ini mempermainkan peranan demi kepentingan sejagat mereka. Yang menjadi mangsa,
rakyat !
Tidak kisah siapa yang berada di atas, permainan ini tetap
sama. Yakinkah anda pihak-pihak ini akan mempertahankan hak anda? Menunaikan
janji-janji mereka? Bolehkan pihak-pihak ini hidup tanpa kemewahan dan
memperjuangkan hak rakyat? Yang paling utama, mampukah pihak-pihak ini
menyatu-padukan rakyat yang berpecah-belah. Tidak sekali !
Pihak-pihak ini telah memberi contoh yang kejam kepada
generasi sekarang dan akan datang. Rakyat yang bodoh, kosongkan minda-minda
anda dari kekejaman ini. Bediri depan cermin, tanya diri anda sendiri, apakah
keuntungan anda dalam permainan ini?
1 comment:
"Tidak kisah siapa yang berada di atas, permainan ini tetap sama. Yakinkah anda pihak-pihak ini akan mempertahankan hak anda? Menunaikan janji-janji mereka?"
i like this one. itulah realiti sebenar.
Post a Comment