Friday, June 3, 2016

Tokyo

3rd February 2016.

Morning Hafiz. Safe flight to Tokyo. Have fun and take care (diikuti emoji senyum).

Lebih kurang begini pesanan yang kau kirimkan setelah hampir 48 jam kita jadi renggang.

Bagi kau, ini memang kesilapan besar yang aku lakukan kerana bertindak terlalu awal dari apa yang kau rencanakan.

Bagi aku, ini jalan yang paling sesuai karena aku tidak mau berpelesaran tanpa sebarang persetujuan.

Bagi kau lagi, kita memerlukan masa lebih lama untuk merentas perjalanan hubungan ini.

Dan bagi aku lagi, kita akan bergerak seiring dengan masa dan ketentuan yang maha esa.

Jadi, kenapa mau berahasia?

Walaupun fisik ku wujud di bumi Tokyo, namun pikiran ku tetap melayang ke Malaysia.

Apakah kau rasa aku mampu menghabiskan sisa-sisa percutian ini, tatkala kau cuba menghapuskan bayanganku dari mindamu.

Aku rasa bersalah kerana tidak jatuh cinta pada Tokyo ketika itu.

No comments: